Program KIMIA Ke Desa Anjuran Jabatan Kimia Negeri Johor Dan JPKK Kg.Semangar Dan Kg.Rangkaian Ke Kg. Semangar Dalam ( Hari Pertama )

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28-29 Mei 2022, telah diadakan Program KIMIA Ke Desa anjuran Jabatan Kimia Negeri Johor dan JPKK Kg. Semangar dan Kg.Rangkaian di Kampung Semangar Dalam. Program ini merupakan satu program jangkau luar (outreach) yang unik kerana ia membawa STI terus kepada masyarakat desa untuk memupuk minat mereka terhadap STI.

Pada 28 Mei 2022, program ini telah dimulai dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurul Hidayah, Sekolah Agama Kg.Semangar, dan Tanah Perkuburan Islam Kg.Semangar Dalam. Turut diadakan juga aktiviti gotong-royong memasak dan Program Forum Perdana pada sebelah malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali