Program KIMIA Ke Desa Anjuran Jabatan Kimia Negeri Johor Dan JPKK Kg.Semangar Dan Kg.Rangkaian Ke Kg. Semangar Dalam ( Hari Kedua )

30 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28-29 Mei 2022, telah diadakan Program KIMIA Ke Desa anjuran Jabatan Kimia Negeri Johor dan JPKK Kg. Semangar dan Kg.Rangkaian di Kampung Semangar Dalam. Program ini merupakan satu program jangkau luar (outreach) yang unik kerana ia membawa STI terus kepada masyarakat desa untuk memupuk minat mereka terhadap STI.

Pada 29 Mei 2022, telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tautan Kasih Bersama Jabatan Kimia Negeri Johor dan Kg. Semangar Meraikan Jubli Emas Jabatan Kimia Negeri Johor, Penduduk Kg.Semangar dan Rangkaian dan Penyerahan Sumbangan Kepada Asnaf. Turut hadir pada program ini adalah Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia, YB Dato’ Sri Dr.Adham bin Baba dan YBHG. Dato’Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kimia Malaysia.

Program ini telah bermula pada pukul 11.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba. Pelbagai acara menarik telah dijalankan seperti bacaan Marhaban beramai-ramai,sumbangan kepada Asnaf, penyampaian sijil pemenang Pencipta Logo Jubli Emas, penyampaian cenderamata, persembahan tarian Zapin,nyanyian lagu raya dan juga pameran dari Jabatan MOSTI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali