Sesi Pengisian Borang Permohonan Bantuan Peralatan Dan Mesin Kejora Kepada Usahawan Dan Peniaga Kg.Semangar Dalam Dan Kg.Rangkaian

6 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Jun 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah membantu seorang penduduk Kg.Semangar Dalam cara-cara mengisi Borang Permohonan Peralatan dan Mesin KEJORA selama 2 jam bermula 10.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari. Staf PEDi Kg.Semangar Dalam telah membantu peniaga tersebut dengan memberi penerangan mengenai syarat-syarat permohonan, cara mengisi borang, dan cara mencari barangan dan peralatan untuk dimohon. Penerangan ini dibuat bagi membantu penduduk kampung tersebut lebih memahami bentuk bantuan yang akan diterima mereka. Pada akhir sesi, penduduk kampung tersebut berjaya melengkapkan borang yang dimohon mereka dengan betul dan lengkap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali