Kursus Latihan Pengendali Makanan

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2022 (Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital Kampung Semanggar Dalam telah mengadakan satu Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus Latihan Pengendali Makanan ini dilaksanakan secara online. Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang merupakan pengusaha dan pekerja dalam sektor pemakanan. Progam ini bermula pada pukul 9.30 pagi. Kursus Latihan Pengendali Makanan ini dikendalikan oleh Pn. Nadiah Binti Shahrom merupakan tenaga pengajar bagi NZ Bunga Venture.

Kursus ini melibatkan penggunaan medium Zoom dikendalikan oleh petugas PEDi dan Whatsapp Group yang dikelolai sepenuhnya oleh Pn. Nadiah. Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Ekonomi Digital bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk menyertai kursus latihan pengendalian makanan secara atas talian yang dianjur oleh NZ Bunga Venture iaitu Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam Kursus Latihan Pengendali Makanan, Pn. Nadiah turut menyediakan modul digital yang diberikan didalam group Whatsapp. Tedapat empat topik dan pada akhir bagi setiap topik Pn. Nadiah akan menyediakan kuiz bagi menguji kefahaman para peserta. Kuiz tersebut juga secara online menggunakan Google Form, setiap peserta berusaha untuk menjawab dengan baik kerana paparan markah perlu dimuatnaik. Kursus tersebut berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali