Program Asas Penjagaan Wajah Dan Solekan Bersama Mary Kay

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Kg Semanggar Dalam dengan kerjasama daripada pihak Mary Kay telah menganjurkan satu program bengkel kecantikan bersama Mary Kay. Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam dengan kerjasama daripada pihak Mary Kay yang diwakili oleh Puan Ain. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna berkenaan dengan tips kesihatan dan penjagaan kulit wajah terutamanya dalam kalangan wanita. Program yang berlangsung pada pukul 03.00 petang ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang terdiri daripada 7 orang wanita yang merupakan pelajar Sekolah Menengah.

Setelah sesi pendaftaran, Puan Ain wakil daripada Mary Kay memulakan sesi ceramah beliau dengan menerangkan serba sedikit tentang jenis-jenis kulit dan pengenalan kepada produk Mary Kay. Selain itu beliau juga turut memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik-teknik penjagaan dan perawatan wajah menggunakan sample produk Mary Kay yang disediakan. Para peserta turut diberi tunjuk ajar tentang asas penjagaan kulit dan asas solekan juga menggunakan sample produk Mary Kay. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam sepanjang program berlangsung.

Program yang berakhir sekitar jam 5.00 petang ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta yang hadir. Para peserta amat berpuas hati dengan penganjuran program ini dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat membantu dan memberi pengetahuan mengenai tip-tip kecantikan dan penjagaan wajah khususnya kepada golongan wanita tanpa mengira usia. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda penutupan program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali