Kelas Perbankan Online
9 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 08 Januari 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Perbankan Online selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta mendaftarkan perbankan Bank Rakyat secara atas talian atau dipanggil sistem i-Rakyat. Peserta tersebut telah berminat menggunakan i-Rakyat yang lebih mudah dan sistematik untuk kegunaan beliau. Pada akhir kelas, peserta ini telah berjaya mendaftarkan akaun i-Rakyat beliau.Pihak staf PEDi Kg.Semangar Dalam juga telah membantu beliau menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam i-Rakyat untuk kefahaman dan kegunaan beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: