Kelas Pendaftaran Perbankan Online

29 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2022, Pihak pengurusan PEDi Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran Perbankan Online selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pada kali ini,pihak staf PEDi telah memberi tunjuk ajar kepadaCik Hana,salah seorang penduduk Kg.Semangar Luar yang ingin mendaftar BSN Online Banking memandangkan beliau tidak pernah membuat perbankan online sebelum ini. Selepas mendaftar,staf telah menunjukkan kegunaan dan fungsi yang terdapat pada BSN Online seperti JomPay,transaksi,dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali