Kelas Perbaharui Lesen Finas Online

30 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2022 iaitu bersamaan pada hari Isnin, Pengurus PEDi Semanggar Dalam telah didatangi oleh seorang penduduk Kg.Semangar Dalam, Cik Aljaakhirah binti Mohd Jehwan bagi tujuan membantu beliau cara-cara memperbaharui lesen FINAS. Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, no telefon, alamat rumah, dan emel dan lain-lain lagi bagi memudahkan urusan pendaftaran nanti. Kelas ini dijalankan selama 2 jam pada sebelah petang. Pada akhir kelas, Cik Aljaakhirah mengucapkan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar kami.Beliau juga melahirkan hasrat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan PEDi Semanggar Dalam pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali