Kelas Microsoft Words - Resume
3 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 02 Ogos 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words - Resume selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume dengan betul dan menarik. Peserta telah diterangkan langkah demi langkah dalam menghasilkan resume mengikut kreativiti peserta. Pada akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume yang betul,padat dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: