Kelas Keusahawanan Shopee 1

16 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Keusahawanan Shopee 1 selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 02.00 petang hingga 05.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar kepada usahawan, Puan Nora Natasha cara menjual produk secara online di platform Shopee. Pada akhir kelas, peserta yang juga seorang usahawan yang menjual produk Set Makanan Berpantang telah berjaya mendaftarkan kedai beliau di platform shopee. Anda boleh melawat dan membeli produk beliau di shopee.com.my

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali