Program Stem Cuti Sekolah Bersama Pedi Semanggar Dalam

23 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Program STEM Cuti Sekolah Bersama PEDi Semanggar Dalam ini telah berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan kehadiran 18 orang murid. Pada kali ini, para pelajar telah diajar membuat Robotic Hand. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kreativiti peserta untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk menghasilkan teknologi baharu pada masa depan.

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada pelajar kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat pada laman youtube. Seterusnya, mereka perlu menghasilkan robotic hand dari bahan utama iaitu kertas, straw, double gam, dan benang. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang baik dalam menjayakan projek STEM dan mereka sangat teruja dengan projek mini robotic hand. Sepanjang kelas berlansung pelajar sangat memberi perhatian dan teliti dalam melakukan tugasan mereka.

Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali