Program Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Advokasi KDB PEDi Semangar Dalam
14 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2023, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Kursus Latihan Pengendali Makanan dan Advokasi KDB selama 3 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Program ini diadakan bertujuan membantu para pengendali makanan khususnya usahawan pembuatan makanan dan pekerja kedai makan untuk mendapatkan sijil pengendali makanan. Untuk makluman, kegagalan mendapatkan sijil makanan dan suntikan boleh dikenakan denda sebanyak RM 2000.00 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini telah disertai seorang peserta yang merupakan penduduk Kg.Semangar Dalam yang sentiasa mengambil tempahan memasak makanan untuk sebarang majlis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: