Program Kaunter Bergerak Tabung Haji dan Advokasi KDB PEDi Semangar Dalam
7 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 06 Februari 2023, PEDi Semangar Dalam dan Tabung Haji (TH) Kota Tinggi telah berkolaborasi untuk mengadakan Program Kaunter Bergerak Tabung Haji yang bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 2.30 petang bertempat di PEDi Semangar Dalam. Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat di Kg.Semangar dan kawasan sekitar melakukan urusan-urusan yang berkaitan dengan Tabung Haji.
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Pembukaan Akaun (Pembukaan Akaun Serendah RM2, Kanak-kanak).
- Mengemaskini Maklumat Peribadi.
- Simpanan Tambahan.
- Pendaftaran Haji / Semak Status Haji.
- Pendaftaran THIJARI (TH Online).
- Penamaan.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat dan berharap program sebegini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: