Program Kemaskini dan Permohonan Baru STR dan Advokasi KDB PEDi Semangar Dalam

19 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PEDi Semangar Dalam telah menjalankan inisiatif bagi membantu penduduk kampung khususnya di kawasan sekitar Kg.Semangar Dalam dan kawasan sekitar untuk mendaftarkan permohonan baru atau kemaskini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR ini merupakan kesinambungan atau penjenamaan semula dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah dihebahkan pada tahun 2022. Oleh yang demikian, memasuki era Malaysia Madani, STR ini telah diteruskan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Pihak PEDi Semangar Dalam telah membantu lebih kurang 38 orang yang ingin mengemaskini maklumat mereka dalam sistem STR secara dalam talian. Permohonan baru dan kemaskini akan berakhir sepenuhnya pada 31 Mac 2023 bersamaan hari jumaat. Oleh yang demikian, pihak PEDi Semangar Dalam amat menggalakkan masyarakat setempat yang mempunyai kekangan untuk ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya boleh berkunjung ke PEDi Semangar Dalam. Perkara ini sememangnya amat mudah di samping dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali