Program Bersama AIM Kg.Semangar dan Advokasi KDB

14 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2023, Pihak pengurusan PEDi Kampung Semangar Dalam bersama AIM Kg.Semangar telah mengadakan Program Bersama AIM Kg.Semangar dan Advokasi KDB selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan kepada peserta tentang pemasaran produk secara atas talian seperti Facebook,Instagram, Tiktok dan Shopee.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara usahawan AIM dan staf PEDi. Taklimat KDB juga turut diadakan yang mana para usahawan telah diterangkan mengenai phishing dan scam. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami. Para peserta juga dapat menimba ilmu baru mengenai KDB yang amat penting dalam melindungi aktiviti dan perusahaan keusahawanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali