Kelas Asas Affiliate Tiktok Siri 4

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Julai 2023, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Asas Affiliate Tiktok Siri 4 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas ini diadakan secara bersemuka dan dengan seorang peserta pada satu-satu masa. Puan Hanisah telah berminat untuk belajar kerana masih kurang pengetahuan mengenai asas-asas menjadi Affiliate Tiktok.

Puan Shakillah, Penolong Pengurus PEDi Kampung Semangar Dalam, juga selaku tenaga pengajar telah menerangkan cara-cara untuk memulakan perniagaan di Tiktok dengan mudah dan efektif. Antara perkara yang diterangkan oleh beliau adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai penjual di Tiktok Shop, seterusnya bagaimana untuk menaikkan jualan di Tiktok shop. Puan Hanisah telah memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang kelas tersebut dijalankan. Beliau telah menunjukkan minat untuk belajar menjadi affiliate tiktok kerana untuk menjana pendapatan sampingan. Kelas yang diadakan selama sejam tersebut telah banyak membantu peserta dan beliau juga telah memberikan maklum balas yang baik sepanjang kelas dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali