Kelas Asas Affiliate Tiktok Siri 2

17 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2023, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Asas Affiliate Tiktok Siri 2 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 03.30 tengahari hingga 04.30 petang. Kelas ini diadakan secara bersemuka dan dengan seorang peserta pada satu-satu masa. Puan Athirah telah berminat untuk belajar kerana masih kurang pengetahuan mengenai asas-asas menjadi Affiliate Tiktok. Puan Shakillah, Penolong Pengurus PEDi Kampung Semangar Dalam, juga selaku tenaga pengajar telah menerangkan cara-cara untuk memulakan perniagaan di Tiktok dengan mudah dan efektif.

Antara perkara yang diterangkan oleh beliau adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai penjual di Tiktok Shop, seterusnya bagaimana untuk menaikkan jualan di Tiktok shop. Puan Athirah telah memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang kelas tersebut dijalankan. Beliau yang juga merupakan usahawan PEDi menunjukkan minat untuk belajar menjadi affiliate tiktok bagi menjana pendapatan sampingan. Kelas yang diadakan selama sejam tersebut banyak membantu peserta. Beliau telah memberikan maklum balas yang baik mengenai kelas yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali