Program Pertandingan Mewarna Sempena Hari Raya Aidiladha

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, PEDi Kg.Semanggar Dalam telah mengadakan Program Pertandingan Mewarna Sempena Hari Raya Aidiladha. Program ini diadakan pada 24 Jun 2023 bermula pukul 10.00 pagi dan disertai seramai 15 orang peserta berumur 7 hingga 9 tahun. Program ini diadakan bertujuan mencungkin bakat mewarna di dalam diri peserta disamping mengeratkan silaturahim antara staf PEDi, peserta, dan ibu bapa.

Pertandingan ini telah dimenangi Muhammad Aryan Rayqal (7 tahun). Tempat kedua dimenangi oleh Siti Aishah (9 tahun) dan tempat ketiga telah dimenangi Nurdhia Nasuha ( 9 tahun).Kami berharap agar kerjasama dalam melaksanakan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekali lagi,tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali