Majlis Gotong-Royong Agihan Bubur Lambuk JPKK Kg.Semangar dan Kg.Rangkaian

5 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 04 April 2023, telah berlangsung Majlis Gotong-Royong Agihan Bubur Lambuk JPKK Kg.Semangar dan Kg.Rangkaian. Program ini diadakan di Masjid Nurul Hidayah Kg.Semangar Dalam. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara penduduk Kg.Semangar, Kg.Rangkaian dan juga pihak KEJORA. Program ini bermula pukul 8.00 pagi dan telah disertai pihak KEJORA, staf Ladang Kachur, staf Ladang Alaf, staf Sg.Kachur, staf Ladang Sisek, penduduk Kg.Semangar Dalam, Kg.Semangar Luar, serta penduduk di bawah Kg.Rangkaian.

Beberapa periuk bubur telah dimasak mengikut kawasan yang menyertai. Penduduk kampung telah hadir bergotong-royong menyediakan bahan masakan, mengacau bubur dan juga proses membungkus bagi tujuan pengagihan. Program ini tamat pada pukul 12.00 tengahari selepas proses gotong-royong mengemas dan mencuci alatan yang digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali