Program Literasi Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha

16 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2023, Pihak pengurusan PEDi Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Literasi Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha. Program ini telah disertai 27 orang pelajar dan 4 orang guru. Program ini diadakan sempena minggu Kenderaan Udara yang berlangsung di Tabika Kemas.

PEDi Semangar Dalam telah mengambil inisiatif membawa pelajar tersebut mengenali kenderaan-kenderaan di udara melalui tayangan video dan aktiviti puzzle. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami dan berjanji akan menyertai program seterusnya dari kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali