Program Literasi Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha

12 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2023, Pihak pengurusan PEDi Kampung Semangar Dalam bersama AIM Kg.Semangar telah mengadakan Program Literasi Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha. Program ini telah disertai 28 orang pelajar dan 4 orang guru. Program ini diadakan sempena minggu Pintar Botani yang berlangsung di Tabika Kemas. PEDi Semangar Dalam telah mengambil inisiatif membawa pelajar tersebut mengenal tumbuhan dan bahagian-bahagian pada tumbuhan melalui tayangan video dan aktiviti puzzle. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami dan berjanji akan menyertai program seterusnya dari kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali