PEDi Semangar Dalam - Program Pendataran Tahun 1 Secara Online Bersama Pedi Semanggar Dalam Dan Advokasi KDB
20 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniKakitangan PEDi Semanggar Dalam telah menjalankan inisiatif bagi membantu penduduk kampung dan sekitarnya untuk mendaftarkan permohonan atas talian kemasukan Tahun 1 bagi sesi 2024/2025. Inisiatif ini dilakukan bagi memastikan tiada penduduk kampung dan sekitarnya terlepas tarikh untuk mendaftarkan anak mereka ke Tahun 1 bagi sesi 2024/2025. Pihak PEDi Semanggar Dalam telah membantu lebih kurang 10 orang yang ingin memohon Tahun 1 bagi sesi 2024/2025 untuk anak mereka.
Permohonan dilakukan melalui laman idme.moe.gov.my. Setelah permohonan atas talian ini dilakukan, ibubapa harus mencetak beberapa dokumen dan dibawa ke sekolah bersama dokumen-dokumen berkenaan yang lain. Permohonan telah bermula pada 2 Mei 2023 dan akan berakhir pada 30 Jun 2023. Diharapkan ibu bapa yang mempunyai kekangan talian Internet atau apa-apa sahaja, boleh hadir dan mendapatkan khidmat bantuan kakitangan PEDi untuk memohon permohonan ke Tahun 1 bagi sesi 2024/2025..
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: