Sesi Permohonan Pendaftaran Kenaikan Gred Bagi Jawatan Drebar Enjin STEM

7 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PEDi Semangar Dalam telah membantu seorang pekerja Kilang Sawit Kachur membuat permohonan secara atas talian pendaftaran kenaikan gred Drebar Enjin Stem di laman web mykkp.dosh.gov.my/myKKP. Kelas yang berlangsung selama sejam bermula pukul 2.00 petang ini telah berjalan dengan lancarnya. Kami telah membantu beliau cara-cara mendaftarkan akaun dan mengisi maklumat yang diminta bagi memastikan beliau betul-batul faham dan dapat mengisi permohonan dengan betul.

Kami juga telah membantu beliau cara memuat naik dan memuat turun dokumen sokongan di ruangan yang diminta. Kami juga turut mengajar beliau cara-cara menggunakan Whatsapp Web bagi tujuan perpindahan dokumen tanpa perlu menggunakan pendrive. Pada akhir kelas, kami telah meminta peserta menyemak semula maklumat yang telah diisi sebelum mengklik butang pengesahan dan menghantar permohonan bagi mengelakkan sebarang kesalahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali