Sesi Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Siri 2

10 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PEDi Semangar Dalam telah membantu seorang penduduk Kampung Semangar Dalam membuat permohonan secara atas talian rumah mesra rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kelas yang berlangsung selama sejam bermula pukul 4.00 petang ini telah berjalan dengan lancarnya. Kami telah membantu beliau cara-cara mendaftarkan akaun dan mengisi maklumat yang diminta bagi memastikan beliau betul-batul faham dan dapat mengisi permohonan dengan betul.

Kami juga telah menerangkan langkah-langkah seterusnya selepas beliau siap mengisi borang seperti dokumen peribadi yang perlu dibuat salinan, gambar tanah dan jalan masuk yang bersesuaian untuk dilampirkan pada borang, cara membuat carian geran tanah di Pejabat Tanah dan perlu hadir ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah bersama tuan tanah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali