Kelas Asas Membuat Resume

14 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2023, PEDi Semangar Dalam telah mengadakan kelas asas membuat resume. Kelas ini telah disertai seorang suri rumah yang berhasrat untuk bekerja semula mencari pendapatan membantu suami. Staff PEDi telah memberi tunjuk ajar untuk membuat resume dan cara menyimpan resume yang telah dibuat di Google Drive supaya pelajar terbabit tidak perlu menghasilkan resume yang baru setiap kali memohon pekerjaan lain. Kami juga turut mengajar beliau cara-cara penggunaan Whatsapp Web bagi tujuan memuat naik dan memuat turun dokumen serta fungsi-fungsi lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali