Kelas Scratch 2.0

24 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2023, Pihak pengurusan PEDi Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Scratch 2.0 selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan ntuk memperkenalkan peserta aplikasi Scratch 2.0 dalam menghasilkan animasi dan permainan yang menyeronokkan.

Pelajar juga telah diberikan masa 1 jam untuk menghasilkan 1 minit animasi bagi menguji kefahaman dan mengasah kreativiti mereka. Hasil animasi mereka ini telah ditayangkan untuk dinilai oleh staf PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali