Kelas Microsoft Words – Penggunaan Huruf Besar
11 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2023, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words – Penggunaan Huruf Besar selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Tujuan kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara mendapatkan huruf besar dengan menekan kekunci Caps Lock atau memilih Change Case di tab Home. Kami juga telah memberi latihan iaitu senarai nama Yang di-Pertuan Agong di Malaysia bagi memastikan mereka betul-betul mahir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: