Program Kaunter Bergerak Tabung Haji Dan Kwsp Bersama Pedi Semanggar Dalam
19 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2024 (Ahad), telah berlangsung program kaunter bergerak Tabung Haji dan KWSP di PEDi Kg Semanggar Dalam. Program ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang dan telah dihadiri seramai 2 orang staf dari Tabung Haji Cawangan Kota Tinggi dan 3 orang staf dari KWSP Mobile Team. Program ini menyaksikan seramai 40 orang komuniti sekitar PEDi Kg Semanggar Dalam telah mengambil peluang untuk melakukan pelbagai urusan bersama agensi terlibat. Program ini diadakan bertujuan memudahkan komuniti sekitar untuk berurusan memandangkan Kg.Semangar Dalam terletak agak jauh dari pusat bandar.
PEDi Kg Semanggar Dalam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tabung Haji Cawangan Kota Tinggi dan KWSP Mobile Team kerana telah sudi membuka kaunter di PEDi kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: