Program Kaunter Fizikal Padu Bersama Pedi Semanggar Dalam

21 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2024 (Sabtu), telah berlangsung program kaunter fizikal pendaftaran dan kemaskini PADU di PEDi Kg Semanggar Dalam. Program ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan telah dihadiri seramai 8 orang staf dari Jabatan Perangkaan Negeri Johor. Program ini menyaksikan seramai 155 orang komuniti sekitar PEDi Kg Semanggar Dalam termasuk 48 orang warga orang asli telah mengambil peluang untuk membuat pendaftaran PADU. PEDi Kg Semanggar Dalam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Perangkaan yang telah sudi membuka kaunter di PEDi kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali