Kelas Keushawanan - Kelas Pendaftaran Lesen SSM

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024, pihak pengurusan NADI Kampung Semanggar Dalam telah membantu seorang usahawan cara-cara membuat permohonan baru lesen SSM di portal Ezbiz SSM. Aktiviti ini telah dijalankan bermula pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu usahawan membuat pendaftaran baru lesen SSM setelah berjaya mendaftar akaun Ezbiz SSM. Kami juga telah menerangkan langkah-langkah yang perlu dibuat dalam mengisi maklumat yang diperlukan bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

Pada akhir kelas, usahawan tersebut telah berjaya memohon pendaftaran lesen mereka dan berminat untuk menyertai kelas keusahawanan lain yang dianjurkan oleh pihak NADI Kg.Semanggar Dalam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali