Kelas E-Learning - Quizziz Matematik

28 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2024, pihak pengurusan NADI Kampung Semanggar Dalam telah mengadakan kelas e-learning Quizziz Matematik Tahap 2. Kelas ini terlah dihadiri 2 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini telah dijalankan bermula pada jam 04.00 petang hingga 05.00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar tersebut membuat ulangkaji soalan Matematik. Pada akhir kelas, kedua-dua pelajar tersebut telah berjaya menjawab pelbagai jenis set soalan Matematik dan berharap dapat menyertai kelas-kelas lain yang dianjurkan pihak NADI pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali