Kelas Keushawanan - Kelas Pendaftaran Akaun Ezbiz SSM

30 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2024, pihak pengurusan NADI Kampung Semanggar Dalam telah membantu seorang usahawan cara-cara mendaftar di portal Ezbiz SSM. Aktiviti ini telah dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan membuka akaun Ezbiz SSM terlebih dahulu sebelum beliau boleh membuat pendaftaran baru lesen SSM. Kami juga turut menerangkan langkah-langkah seterusnya yang beliau perlu lakukan seperti videocall melalui whatsapp dan sentiasa menyemak emel bagi pengumuman seterusnya dari pihak SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali