Program Kaunter Fizikal PADU bersama NaDi Semanggar Dalam
26 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2024 (Sabtu), telah berlangsung program kaunter fizikal pendaftaran dan kemaskini PADU di NaDi Kg Semanggar Dalam. Program ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan telah dihadiri seramai 8 orang staf dari Jabatan Perangkaan Negeri Johor. Program ini menyaksikan seramai 29 orang komuniti sekitar NaDi Kg Semanggar Dalam termasuk telah mengambil peluang untuk membuat pendaftaran PADU. NaDi Kg Semanggar Dalam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Perangkaan yang telah sudi membuka kaunter di NaDi kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: