Kelas Pendaftaran EzBiz SSM Siri 1/2024

2 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Januari 2024, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah membantu seorang usahawan cara-cara mendaftar di portal Ezbiz SSM. Aktiviti ini telah dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan membuka akaun Ezbiz SSM terlebih dahulu sebelum beliau boleh membuat pendaftaran baru lesen SSM. Kami juga turut menerangkan langkah-langkah seterusnya yang beliau perlu lakukan seperti videocall melalui whatsapp dan sentiasa menyemak emel bagi pengumuman seterusnya dari pihak SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali