Kelas Whatsapp Web dan Edit PDF

3 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Januari 2024, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah membantu seorang staf Perpustakaan Desa Kg.Semangar yang ingin belajar cara-cara mengisi dan mengedit maklumat di borang PDF. Kelas ini telah dijalankan bermula pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Kami telah memberi tunjuk ajar kepada beliau cara-cara mengisi borang PDF dengan menggunakan cara fill and sign. Kami juga turut membantu beliau menggunakan Whatsapp Web dan langkah keselamatan yang perlu dilakukan apabila menggunakan Whatsapp Web seperti sentiasa log out dan clean history apabila tidak mahu menggunakan aplikasi tersebut jika menggunakan komputer awam bagi mengelakkan kecurian data.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali