Kelas Pendaftaran dan Kemaskini Maklumat PADU Siri 1

17 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2024, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah membantu 3 orang yang terdiri daripada penduduk Kg.Semangar Dalam yang ingin mendaftar dan membuat kemaskini maklumat di sistem PADU. Kelas ini telah dijalankan bermula pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

Sebelum itu, kami telah membuat sedikit penerangan ringkas berkenaan pelaksanaan PADU ini kepada peserta bagi tujuan memberi kefahaman kepada mereka. Kemudian, kami telah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara – cara membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat kemaskini maklumat di dalam sistem tersebut.

Pada akhir kelas, para peserta dapat mengisi segala maklumat dan membuat pengesahan tanpa ada sebarang masalah berbangkit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali