Bengkel Asas Komputer
14 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Januari 2017,Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Bengkel Asas komputer. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap komponen komponen asas komputer. Generasi muda yang berminat terhadap teknologi ini dapat mengembangkan ilmu mereka dengan pengetahuan terhadap komputer. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Program ini juga dapat menarik minat generasi muda untuk mengenal komputer dengan lebih terperinci. Selain itu, bengkel ini dapat menambah kefahaman dalam subjek teknologi yang diambil disekolah. Dalam era yang semakin membangun ini, teknologi sudah sebati dalam masyarakat. Dengan ini kita dapat mengurangkan golongan buta IT di kawasan ini. Oleh itu, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia akan sering mengadakan bengkel ini pada masa akan datang kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: