Kelas menaip Microsoft Office
17 Disember 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 16 Disember 2016, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas menaip microsoft office. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti terhadap teknologi kini. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6 petang.
Program ini dijalankan adalah bertujuan melatih komuniti untuk menaip dan dan berlajar membuat surat atau laporan. Penggunaan microsoft office ini juga dapat memberi kemudahan komuniti untuk menghasilkan surat secara efektif. Selain itu, penghasilan surat dapat membantu komuniti untuk mengubah kesalahan semasa menaip tanpa menghasilkan surat yang baru berbanding secara bertulis. Ini juga dapat menjimatkan masa dan kos untuk menghasilkan sesebuah surat atau laporan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: